Featured Post

Keperluan Urgent Terkini: Akibat Kebakaran

Image
Baru baru ini berlaku sedikit kebakaran kecil di dapur tahfiz tapi alhamdulillah dapat dipadam dalam masa yang singkat dan tiada pelajar yang cedera dan tidak merosakkan bangunan. TNB pun sudah dipanggil untuk buat pemeriksaan. Wireman mengesyorkan buat wiring baru ke atas bangunan surau, kelas dan dapur. 




Demi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini di masa akan datang dan untuk keselamatan pelajar pelajar tahfiz maka kita telah minta quotation untuk kos pemasangan wiring baru untuk seluruh bangunan itu. Berikut diberi bil kepada pihak tahfiz:


Kepada yang berhajat untuk menyumbang khusus utk kos wiring ini boleh mesej Us Faizul www.wasap.my/60123537313pengetua di Maahad Tahfiz Ad Dawwamah. Atau boleh bank in ke no akaun berikut:



Maybank Islamic  5580 9706 2404 Maahad Tahfiz Ad Dawwamah
CIMB Islamic Bank 860 327 2974 Maahad Tahfiz Ad Dawwamah
RHB Islamic bank 2581 8700 0110 55  Maahad Tahfiz Ad Dawwamah
Email: addawwamah@outlook.com
DERMA ONLINE

Tazkirah Dan Selawat Di Pagi Jumaat


Walaupun hari Jumaat merupakan hari cuti tapi di tahfiz ni biasanya ada saja program. Spt jemputan bacaan tahlil dan yassin. Hari ini pula tazkirah Jumaat disampaikan oleh Ust Ayop, di pejabat Yayasan Anak Kuale. Selepas itu anak2 tahfiz diminta mempersembahkan beberapa buah qasidah.

Pemikiran Yang Sudah Rosak


Pemikiran manusia sungguh sudah rosak
Nafsu pun mendesak-desak apa yang dia hendak
Kehendak nafsu juga tidak ada batas dan sempadannya
Kehendak nafsu menggunakan fikiran yang sudah rosak
Sedangkan fikiran pada otak orang yang cerdik di dalam diri manusia
Dengan kekuatan fikiran kehendak nafsu amat lajunya
Fikiran yang sudah rosak hanya memikirkan makan, minum, pakaian, rumah,
kenderaan, seks, nama
Belajar tinggi macam mana sekali pun tetap memikirkan makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan, seks, nama
Perjuangan manusia setakat itu sahaja
Sejauh mana pun mereka mengembara matlamatnya itulah jua
Ke mana pun mereka belajar dengan tujuan apa yang telah dinyata
Soal negara, bangsa bukan urusan mereka
Itu adalah urusan pemimpin negara atau orang politik sahaja
Soal Tuhan, soal agama lebih-lebih lagi tidak ada di dalam kamus hidup mereka
Fikiran semacam ini telah menjangkit kepada umat Islam juga
Rata-rata umat Islam berfikiran makan, minum, pakaian, tempat tinggal,
kenderaan, seks dan nama
Kalau begitulah murah sangat kehidupan ini
Hidup kerana makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan, seks, nama
Kemudian mati selepas itu mereka anggap habis cerita
Mereka lupa selepas mati ada Syurga dan Neraka
Kalau hidup sepertimana yang kita cerita
Jawapannya kebanyakan manusia terjun ke Neraka
Ke Syurga mungkin setiap satu juta seorang sahaja
Sungguh tertipu kebanyakan manusia menilai kehidupan ini di dunia
Kehidupan di dunia sungguh dipandang murah sahaja
Seolah-olah Tuhan jadikan dunia dan manusia untuk seronok-seronok semata-mata
Kemudian mati habis cerita
Selepas mati tidak ada kehidupan lagi
Kehidupan itu hanya semata-mata di dunia sahaja
Kerana itulah kebanyakan manusia hidup di dunia macam orang berkelah sahaja
Berhibur, berseronok, bergembira, bersukar ria
Begitulah kalau fikiran manusia sudah rosak





CIMB Islamic Bank
8603272974
(Maahad Tahfiz Ad Dawwamah)

Maybank Islamic 
558O 97O6 1774 
(Pustaka Ad Dawwamah)

call/sms/whatsapp ke www.wasap.my/60123537313

DERMA ONLINE


Sila layari FACEBOOK 

Comments

Popular posts from this blog

Memohon Dana Wakaf Membeli Tanah Untuk Tahfiz

Tawaran Menaja Iftar(Berbuka Puasa) & Sahur Anak2 Tahfiz, Yatim Dan Asnaf

Wakaf Van Untuk Tahfiz Saham Akhirat