Featured Post

Memohon Dana Wakaf Membeli Tanah Untuk Tahfiz

Image
Maahad Tahfiz Sains Ad Dawwamah(selepas pendaftaran dengan JAIP namanya ditukar kepada Maahad Tahfiz Ad Dawwamah) yang terletak di Kampung Buaya, Menora, Kuala Kangsar, Perak mempunyai kawasan sekolah yang agak kecil dan sempit. Memandangkan jangkaan jumlah penambahan pelajar akan meningkat mulai tahun depan maka pihak pentadbiran sekolah bercadang untuk membeli sebidang tanah di lokasi bersebelahan dan bersempadan di belakang maahad tahfiz ini.  Tuan punya tanah bernama En. Abu Omar Bin Don telah bersetuju untuk menjual tanahnya seluas 1.343 hektar kepada maahad tahfiz dengan harga rm 250,000. Tanah di atas nama beliau dan isterinya Puan Rahani Binti Abdul Hamid.






Beliau telah menandatangani surat perjanjian jual tanah tersebut kepada Maahad Tahfiz.



Memandangkan pihak sekolah tidak berkemampuan untuk membiayai pembelian tanah tersebut maka pihak sekolah membuka ruang untuk pembeli-pembeli di luar sana yang berniat untuk membantu pembelian tanah tersebut, maka pihak tahfiz menawarkan …

Suasana Di Dewan Makan











Sebenarnya walaupun tidak semua anak yatim tapi hampir semua tak mampu bayar yuran. Sebab mereka juga anak dari keluarga yang miskin dan ada juga anak ibu tunggal. Tahfiz ini pula terletak di sebuah kampung di Perak yang tidak mempunyai ramai korporat2 yang boleh membantu. Jadi besarlah harapan kami sekiranya tuan / puan dpt membantu sedikit sebanyak meringankan beban pihak tahfiz. Jazakallahu khairan jaza'.

Sesiapa berminat untuk meyumbang boleh hubungi pengetua Ust Azmir (call/sms/whatsapp) 0123537313 atau email addawwamah@outlook.com atau  boleh bank in ke akaun  :

RHB Islamic bank 
25818700011055 
atas nama Maahad Tahfiz Ad-Dawwamah

atau

Maybank Islamic 
558O 97O6 1774 
atas nama Pustaka Ad Dawwamah


Sila layari FACEBOOK 

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari usahanya yang halal , maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan tangan kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menerima sedekah dari usaha yang halal, dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang terus menambah tabungnya yang sedikit, sampai menjadi gunung .” ( HR Bukhari dan Muslim )


Comments

Popular posts from this blog

Memohon Dana Wakaf Membeli Tanah Untuk Tahfiz

Wakaf Van Untuk Tahfiz Saham Akhirat

Pelajar Tahfiz Anak Yatim Ini Memerlukan Tajaan Untuk Belajar Di Sini